Thursday, January 5, 2012

KEPENTINGAN AIR KEPADA KEHIDUPAN

Semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan timbuh-tumbuhan terdiri daripada sel sama ada unisel seperti ameba atau multisel seperti manusia. 70% kandugan sel adalah terdiri daripada air. Para saintis membuat rumusan bahawa semua benda hidup memerlukan air untuk kehidupan.

1. Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud
“dan dari air, kami jadikan semua benda hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga mahu beriman”? (Surah Al-anbiya)

2.para ahli astronomi akan memastikan terlebih dahulu kewujudan air disatu-satukan planet bagi membuktikan wujudnya kehidupan (benda hidup) diplanet tersebut.

3.Kajian pakar-pakar perubatan membuktikan air merupakan elemen yang sangat penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

4.Lebih kurang 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Kandugan air didalam otak 74%, otot 75%, darah 82% tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%. manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air tubuh badan akan menhadapi masalah dehydration dan akan mati di dalam beberapa hari sahaja.


FUNGSI AIR DALAM TUBUH



Secara umumnya pakar-pakar kesihatan diseluruh dunia memperakui bahawa kepentingan air kepada kesihatan tubuh badan. Air memainkan peranan yang penting bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut:

■Menggerakkan fungsi tubuh
air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologi dan kimia yang berada di dalam badan kita. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan,sisa tidak akan dihapuskan dan kebanyakkna organ badan tidak akan berfugsi.

■Menjalankan proses detoksifilikasi (membuang toksin & sisa)
setiap hari badan kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandugan racun,kaandungan timah di dalam ikan, antibiotik dan harmon di dalam produk daging dan bahan tambahan, pengawetan dan pewarna tiruan di dalam pemprosesan makanan dan minuman. Kebanyakkan penyakit berpunca di sebabkan oleh pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.

■Menghalang dehydrasi dan penyakit
kekurangan air berpunca pada semua penyakit, daripada jerawat dan masalah penghadaman, sengal sendi dan kegemukkan kepada maalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air seperti bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia, kurang kecergasan mental dan banyak lagi.

Apakah ciri-ciri air yang diperlukan oleh tubuh badan ?

Ramai yang beranggapan telah mengambil jumlah air yang mencukupi dengan mengambil kira pengambilan air seperti minuman berkarbonate, air kopi, air teh dan pelbagai minuman berperisa lain. Persoalannya apakah air ini tergolong di dalam jenis air yang diperluakan oleh tubuh badan? Kepentingan air kepada kesihatan tubuh badan juga memperlihatkan pelbagai kaedah diperkenalkan bagi memastikan air yang memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh tubuh badan.

Berikut merupakan ciri-ciri air yang doperlukan oleh tubuh badan:

■Bersih,suci dan murni
■Kandugan oksigen yang tinggi
■bersifat alkali
■saiz molekul yang halus
■Kadar Reduksi Oksidasi yang tinggi

Apabila air dalam tubuh badan mencukupi, ianya dapat membantu agar distribusi nutrisi ke seluruh tubuh menjadi lancar sehingga semua sel dalam tubuh dapat memperbaiki diri dengan nutrisi tersebut. Dengan minum air sesuai juga akan meringankan kerja ginjal dan hati sehingga dapat membantu kita terhindar dari penyakit ginjal dan hati.

No comments:

Post a Comment